rambut panjang
Tangkap layar video pendek Jas yang dimuat naik ke laman TikTok yang ditonton lebih 1.4 juta kali.

“PAKWE kau rambut pendek?, Seluar kaki kecik? Lemah!!!”.

Niat sekadar suka-suka, sekali video pendek menegur lelaki berambut pendek dan orang berseluar ketat, tetapi tidak menyangka meletup di platform TikTok sehingga 1.4 juta tontonan.

Bagi Jas Huzzaidil, 24, walaupun ramai dalam kalangan warga maya meninggalkan komen berunsur negatif dia tetap “cool” dengan apa yang ditegur, malah dia langsung tidak terasa hati.


Katanya, apa yang dimuat naik langsung tidak mempunyai sebarang masuk tersirat, hanya sekadar suka sebagai bahan untuk TikTok miliknya.

Lebih mesra dipanggil Jas, biarpun ada dalam kalangan warganet mengecam dan menghina dirinya, ia ibarat alah bisa tegal biasa.

““Saya tak sangka video yang hanya sekadar suka-suka mendapat jumlah tontonan yang tinggi. Ramai juga yang komen negatif terhadap saya, namun saya tidak kisah oleh kerana lagi ramai yang pernah kritik di saluran YouTube saya” ujarnya yang merupakan YouTuber sepenuh masa kepada UtusanTV.

Artikele berkaitan: Squid Game: Selepas seminggu ditayangkan ramai masih tidak dapat ‘move on’

Klik untuk saksikan video: https://vt.tiktok.com/ZSedobJh6/

Pemuda Kedah ini berkata, video yang dimuat naik itu adalah cara dia ingin menegur wanita dan lelaki yang berpakaian ketat dan bukan nak hina sesiapa.

“Takdak nak kecam pakwe depa ka apa, depa salah faham,” ujarnya dan menambah bahawa dirinya amat meminati gaya retro.

Katanya, rambut yang disimpannya itu “dibela” sejak berusia 17 tahun dan tidak pernah sekalipun dia memotong sehingga kini.

“Saya rasa unik oleh kerana tak semua lelaki mempunyai rambut panjang seperti saya”.

Malah katanya, pernah satu ketika ada yang ingatkan dia seorang perempuan ketika menunggang motosikal.

“Ada lelaki ligan (kejar) saya,” katanya sambil ketawa.

Dalam pada itu, tinjuan UtusanTV pada ruangan komen, rata-rata bertindak mengutuk fizikal dan cara pemakaian Jas.

Seorang pengguna TikTok @zero two berkata “the man stuck in 2005” dan ada beberapa bersetuju dengan pandangan tersebut.

Ada juga yang meninggalkan komen berunsur bergurau dengan Jas berkenaan ketinggiannya.

“Rambut pendek takpe bang, jangan kita pendek, perempuan tak minat,” kata @Jebonjiban.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram