Pasti ramai yang merindui air tangan ibu dengan masakan lauk pauk kampung. Jom cuba resipi gulai kunyit tenggiri lengkuas yang membangkit selera ini. Sepinggan nasi pasti tidak cukup. Selamat mencuba!

BAHAN:
1 kg ikan tenggiri –potong sederhana tebal
½ cawan santan
1 sudu kecil gula
1 biji tomato
1 keping asam gelugur
Sedikit belacan

BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm kunyit
1 cm lengkuas
3 tangkai cili kering

CARA:
1.Masukkan santan ke dalam periuk.
2.Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk serta asam gelugur, gula, belacan dan garam.
3.Apabila santan mendidih masukkan ikan tenggiri.
4.Masak selama 5 hingga 10 minit. setelah itu, padamkan api masukkan tomato.

Resipi: Sri Rahyu, Kuala Terengganu.