daging palembang

Sedapnya daging Palembang ni. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, jom cuba resipi yang dikongsi oleh Malina ini. Sedap dan mudah. Pasti puas hati.

BAHAN
500 gm daging – potong kecil
2 cawan santan pekat
4 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
20 helai daun kari
10 sudu besar kicap manis
Minyak masak untuk menumis
Garam

BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
15 tangkai cili kering – rebus

CARA
1.Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
2.Masukkan daging, santan, daun kari dan kicap manis. Gaul sebati.
3.Masak di atas api sederhana kecil selama 40 minit atau sehingga daging empuk. Sesekali kacau rata.
4.Akhir sekali, bubuh garam secukup rasa.

Resipi : Nurul Falah Hashim