Jururawat membuat persediaan sebelum memberi suntikan vaksin COVID-19. - GAMBAR: Abd Razak Aid

KERAJAAN bersetuju menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Sabah dan Pahang bermula esok seperti mana dijadualkan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti terlibat di Pahang antaranya Kampung Pasu dan Kampung Penderas di Kuala Krau yang bermula 12 September lepas.

Katanya, turut ditamatkan esok PKPD Rumah Pangsa Jalan Karak di Mentakab yang bermula 26 September lalu.

Dalam kenyataan mengenai PKPD hari ini beliau berkata, PKPD di Sabah yang ditamatkan esok ialah Kampung Tinongian dan Kampung Karagasan di Ranau, Sabah yang bermula pada 26 September lepas.

Satu lagi lokaliti di Sabah ialah Base Camp Bornion Timber Sdn Bhd di Keningau yang bermula pada tarikh sama.

Baca artikel berkaitan: Antivaksin: Ada masa kita perlu guna undang-undang – KJ

9,751 kes baharu, hari keenam berturut-turut bawah 10,000

Selain itu Rodzi berkata setelah meneliti analisa Kementerian Kesihatan mengenai risiko dan trend jangkitan COVID-19, PKPD di beberapa lokaliti di Pahang yang tamat esok akan dilanjutkan hingga 23 Oktober ini.

Ia termasuk Pos Sinderut dan perkampungan Orang Asli di Pos Lenjang dan Pos Titom, kesemuanya di Lipis.

Hari ini juga merupakan hari kedua berturut-turut tiada lokaliti dikenakan PKPD.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram