Sedapnya kepak ayam madu ni. Tengok gambar pasti terliur. Jom cuba resipi yang sedap dan mudah ini.

BAHAN:
12 keping kepak ayam – belah dua
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih -ketuk
1 sudu besar halia-cincang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan -madu

CARA:
1.Panaskan minyak dalam kuali.
2.Masukkan bawang putih, halia dan kepak ayam, kacau dan goreng selama 5 minit.
3.Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali.
4.Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua kepak masak dan keperang-perangan atau bersalut dengan sos.

Pesan SAJI: Apabila sudah masukkan madu, sos akan berbuih. Jangan takut apabila sos seperti hangit. Apabila sos agak kering dan bersalut pada kepak ia akan jadi melekit seperti ayam barbeku.

Foto & Resipi: Norzila Saim (www.zila4ever.blogspot.com)