Pada masa sekarang terdapat pelbagai jenis, warna dan rasa kuih talam. Kali ini Saji kongsikan resipi talam lapis jagung yang sedap dan lazat. Jom tengok bahan yang diperlukan dan cara menghasilkan juadah ini.

BAHAN A
450 gm gula
700 ml air
4 helai daun pandan

BAHAN B
500 gm tepung beras
70 gm tepung ubi
30 gm tepung gandum
2 sudu kecil garam
700 ml air
500 ml santan

BAHAN C
Sedikit pewarna coklat
½ tin jagung krim
Sedikit coklat emulco

CARA
1.BAHAN A : Masak air gula dengan beberapa helai daun pandan hingga mendidih. Ketepikan.
2.BAHAN B: Satukan bahan B. Kacau sebati.
3.Tuang air gula yang mendidih ke dalam adunan. Kacau sebati dan tapis adunan.
4.Kemudian bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Satu adunan biarkan dengan warna biasa, satu lagi adunan campurkan dengan sedikit pewarna coklat dan coklat emulco. Adunan selebihnya, sebatikan dengan jagung krim.
5.Lapiskan bermula dengan lapisan coklat, kukus 5 minit. Tuangkan pula lapisan putih, kukus 5 minit dan diakhiri dengan lapisan jagung, kukus lagi 5 minit. Ulang lagi sehingga adunan selesai.
6.Setelah selesai ke semua lapisan, kukus lagi selama 10 minit secara keseluruhannya.

Resipi : Zaleha Merican Yahaya – Sri Talamaz Enterprise