AKTOR terkenal Indonesia Baim Wong telah berkongsi wajah sekaligus mengumumkan nama cahaya mata keduanya di akaun laman sosial Instagram.

Bayi lelaki yang dinamakan Kenzo Eldrago Wong itu dilahirkan pada 9 Oktober lalu.

“Ini (gambar) yang sebenar, adik Kiano Tiger Wong iaitu Kenzo Eldrago Wong.

“Alhamdulillah, sihat dengan berat 3.78 kilogram…panjang nya 53 centimeter (cm), beza 3 cm lebih tinggi daripada Kiano.

“Doakan, semoga sihat,” tulisnya.

Baim dan isterinya, Paula Verhoeven mendirikan rumah tangga pada 22 November 2018. Mereka turut dikurniakan anak lelaki iaitu Kiano Tiger Wong yang kini berusia dua tahun.