NAMA aktres Erra Fazira menjadi sebutan orang ramai apabila timbul gosip mendakwa dia sudah berkahwin dan sekaligus bergelar isteri kedua kepada seorang ahli politik dari Perak.

Spekulasi itu mula bertiup kencang selepas beberapa ciapan di Twitter telah dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial itu.

“Dengar khabar, Erra Fazira dah jadi bini (isteri) kedua. Bini pertama tahu tak tu?”,” tulis @abam_kumis.

Sementara itu, usaha URTV untuk mendapatkan kenyataan daripada primadona filem Melayu itu sehingga kini masih belum berjawab.

Menerusi pemerhatian URTV di Instagram pelakon berusia 47 tahun itu, ramai netizen mula membanjiiri ruangan komen untuk bertanyakan tentang berita yang sedang panas diperkatakan orang ramai ketika ini.

Malah, tidak kurang juga yang turut mendoakan kebahagiaan ibu kepada Engku Aleesya itu Walau siapa pun jodohnya.

Pelakon filem Maria Marianna itu pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, produser dan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003.

Namun, mahligai yang dibina tidak dapat bertahan lama apabila masing-masing memilih untuk bercerai tiga tahun kemudian.

Erra kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 2007 sebelum berpisah pada 2014.

Hasil perkahwinan bersama Engku Emran, dia dikurniakan seorang anak tunggal, Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun.