HOLLA, platform penyertaan selebriti ASEAN, mengumumkan pelantikan Jonathan Seevaratnam sebagai Penerbit Eksekutif dengan matlamat “Menjadikan setiap ‘Hello’ luar biasa” bagi rakyat Malaysia dalam tempoh yang mencabar ini.

Jonathan Seevaratnam

Jonathan akan bertanggungjawab mengawasi dan mengetengahkan kemunculan bakat-bakat baharu di pasaran ASEAN, di samping beliau juga akan bertanggungjawab untuk mencipta dan menghasilkan pengalaman unik bagi para peminat berinteraksi dengan selebriti kegemaran mereka.

Jonathan mempunyai 21 tahun pengalaman dalam industri hiburan setelah menganjurkan pelbagai acara pemenang anugerah melalui agensi hiburan di Asia dengan mempunyai pelanggan korporat seperti HSBC, Hong Leong Bank, AirAsia dan Deloitte.

Jonathan sendiri adalah seorang penghibur yang aktif sebagai pengacara, penceramah dan pelakon yang berpengalaman. Dia juga telah menganjurkan tiga musim pertunjukan Jiggee Jon yang menampilkan tetamu terkenal seperti Yasmin Yusuf, Fakkah Fuzz, Douglas Lim, Phat Phabes dan JJ.

Mengulas mengenai pelantikannya, Jonathan berkata: “Tahun lalu merupakan masa yang sukar bagi para artis dan pencipta seluruh dunia. Holla menyediakan platform digital untuk bakat-bakat ini menjana pendapatan sambil berpeluang berinteraksi dengan peminat mereka secara peribadi dan bermakna. “

Matlamat Holla adalah untuk menjadi platform yang menghubungkan peminat dengan selebriti serta menjadi medium penyampaian hadiah digital. Melalui aplikasi itu, peminat akan berpeluang untuk meminta kepada Hola menjadi sebahagian daripada penganjuran majlis-majlis penting yang mereka anjur seperti sambutan ulang tahun, tamat pengajian atau majlis tidak dijangka ‘pick-me-up’ atau majlis gurauan (prank).

Ketika ini, semakin ramai bakat terkenal disenaraikan dalam jadual platform tersebut seperti selebriti dari Universal Music Group dan Tik Tok, termasuk Diana Danielle, Alvin Chong, Meer Nash, Astrologer Wooby Gan, dan DOLLA yang baru-baru ini dipaparkan di Times Square, New York.

BERITA BERKAITAN Ceria Popstar kembali warnai industri seni hiburan

“Selama beberapa bulan ini, kami berhasrat untuk mengembangkan lagi penyertaan kumpulan bakat selebriti kami di lebih banyak negara di rantau ini. Kami sudah melihat minat dari bakat-bakat dari Indonesia, Thailand, Filipina, Taiwan dan Pakistan. Masa hadapan akan menjadi lebih menarik!, ” tambah Jonathan.

Holla dibangunkan oleh Remote Ventures, syarikat inkubator bertujuan membantu pencipta kandungan dan pembekal perkhidmatan menghubungkan pelanggan melalui penyampaian perkhidmatan digital.

“Jonathan memiliki pengalaman, perhubungan dan semangat yang ditampilkan melalui rekod prestasi cemerlang beliau dalam industri hiburan selama ini,” kata Pengasas Bersama Remote Ventures, Aaron Sarma.

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan Jonathan untuk membangun Holla menjadi platform digital terkemuka untuk para artis, pencipta, dan pempengaruh (influencer) dan personaliti,” katanya.

Peminat boleh memindah terima Holla di peranti Android dan iOS atau melawat www.getHolla.com. – UtusanTV