Langsir dapur lebih terdedah dengan panas dan bahang berbanding tempat lain kerana itu ia tidak sesuai menggunakan langsir yang tebal dan berat. Langsir yang tebal mudah memerangkap lembapan dan bau hapak. Jadi, light curtain (nipis dan ringan) lebih praktikal kerana beberapa sebab.

Langsir dapur sepatutnya membenarkan sejumlah cahaya matahari masuk secara semula jadi supaya dapur anda nampak cantik dan lapang, jadi elakkan daripada mengganggu laluan cahaya memasuki ruang dapur.

Jenis kain dan corak juga perlu hati-hati, jangan terlalu jarang atau nipis hingga orang di luar boleh nampak dengan mudah.

Langsir ringan membolehkan bau masakan tersebar keluar melalui tingkap sementara langsir berat hanya akan memerangkapnya. Anda boleh memilih kain langsir seperti lace, nylon dan cotton untuk langsir dapur kerana ia senang untuk dicuci dan dijaga dan ada kalanya hanya perlu dikibas untuk membuang debu.

CARA MEMILIH DAN MEMASANG LANGSIR

● Semasa hendak memasang langsir, pastikan jarak langsir selamat daripada api dapur yang mungkin boleh mendatangkan perkara yang tidak diingini.

● Jangan terlalu hampir dengan dapur masak kerana ia akan lebih mudah menyerap lembapan terutama wap daripada masakan dan menimbulkan bau hapak pada seluruh ruang rumah anda.

● Langsir juga mungkin akan memerangkap minyak daripada pelbagai jenis masakan yang akan meningkatkan risiko kebakaran.

● Sekiranya tingkap dapur dekat dengan jalan raya atau hampir dengan rumah jiran, langsir dapur mungkin amat perlu untuk memberi anda privacy. Jika tidak, anda boleh menikmati pemandangan luar ketika di dapur dan juga membenarkan sebanyak mana yang boleh cahaya masuk.

● Warna peralatan, kabinet dan countertop dapur anda akan mempengaruhi stail langsir yang anda pilih. Langsir akan lebih nampak bergaya sekiranya sesuai dengan bahagian dalaman dapur yang lain, contohnya padankan warna langsir dengan lantai dapur, warna dinding ataupun wallpaper yang digunakan. Anda juga boleh menggunakan langsir bercorak jika warna dinding dapur adalah solid. Dinding yang dihias dengan wallpaper lebih sesuai dengan langsir yang plain (tanpa corak).

● Satu lagi yang penting adalah ukuran langsir kerana langsir yang panjang dan labuh mungkin nampak cantik di tempat lain, tetapi bukan di dapur. Ukuran langsir dapur sepatutnya sama mengikut saiz tingkap bagi mengelak ia terkena percikan air, kotoran dan menyerap lembapan jika terlalu labuh.

● Jika inginkan kelainan, anda boleh gunakan blind curtain kerana ia mudah dijaga dan tidak mempunyai daya serapan. Selain sesuai untuk menghalang pandangan dari luar terutama pada waktu malam, blind curtain juga membolehkan cahaya masuk pada waktu siang. Anda juga boleh membuka tingkap untuk membenarkan udara segar memasuki ruang dapur rumah anda.