Orang ramai membeli tong air bagi persediaan berikutan gangguan bekalan air di sekitar Lembah Klang ketika tinjauan UtusanTV di Kampung Baru, Selasa lalu. GAMBAR: Abd Razak Aid

PENGGUNA di sekitar Lembah Klang bakal menghadapi masalah gangguan bekalan air berjadual selama empat hari mulai esok. 

Gangguan bekalan bermula pukul 9 pagi itu akan menjejaskan 998 kawasan di wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor. 

Orang ramai membeli tong air bagi persediaan berikutan gangguan bekalan air di sekitar lembah klang bermula esok sehingga 16 oktober ini ketika tinjauan UtusanTV di Kampung Baru, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Tinjauan UtusanTV di sekitar Kuala Lumpur mendapati pengguna sudah mula membuat persiapan bagi menghadapi masalah berkenaan. 

Orang ramai mula menyimpan bekalan dalam tong-tong besar serta baldi untuk kegunaan semasa ketiadaan air. 

Orang ramai mengisi air ke dalam tong bagi persediaan berikutan gangguan bekalan air di sekitar lembah klang bermula esok sehingga 16 oktober ini ketika tinjauan UtusanTV di Kampung Baru, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Ada juga yang mengambil kesempatan membeli tong lebih besar bagi memastikan bekalan untuk kegunaan harian mencukupi. 

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. sebelum ini memaklumkan gangguan yang hanya akan berakhir Sabtu ini itu berikutan kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.