gadis ketuat
Saiz ketuat Munierah yang semakin hari semakin membesar.

BERMULA dengan saiz agak kecil, tetapi lama-kelamaan membesar sehingga sukar disorok membuatkan Munierah hilang keyakinan diri terutama ketika berdepan dengan pelanggan yang mengunjungi tempat kerjanya.

Pengalaman itu ternyata memberikan ketidakselesaan pada Munierah yang terpaksa sorok ketuat pada jari hantu kirinya selama lima bulan.

Kisah Munierah yang dikongsinya di platform TikTok telah meraih simpati lebih 3.3 juta warganet yang bertindak berkongsi pelbagai petua bagi membantunya supaya segera dapat membuang ketuat tersebut.

“Sejujurnya, saya sendiri pun xpasti apa punca jari saya boleh jadi macam itu, tapi sumpah sakit giler. Kadang-kadang nak tidur pun tak boleh bila dia (ketuat) denyut. Kalau terlanggar apa-apa sikit pun boleh nangis,” kata Munierah kepada UtusanTV.

Gadis berusia 25 tahun berasal dari Kelantan dan kini menetap di Johor Bahru sehingga kini tidak tahu daripada mana punca ketuat tumbuh di jarinya.

Katanya, setiap kali jarinya itu terkena air, ketuat tersebut semakin membesar hari demi hari sehinggakan dia sendiri mula rasa tidak selesa.

“Saya ingat tiada apa-apa..so saya biarkan sahaja sampai dia semakin membesar… ada cuba juga cucuk dengan jarum..tapi takde keluar apa-apa,” tambahnya.

Baca artikel berkaitan: 1 juta saksikan pemuda ini bakar cek RM15,000 selepas majlis kahwin dirancang tak kesampaian

‘Belajar pandai-pandai, kerja buat sambal kentang je’, kekyahkentang tak kisah mulut orang selepas jelajah lebih 43 buah negara

@munieycheq

Hmmm 😔😔#fypシ #foryourpage #fyp #trending #insecure

♬ original sound – 🙂

Ujarnya, rakan-rakan ada menyuruh ke klinik, tetapi disebabkan tidak suka berjumpa doktor dia mendiamkan diri sebelum menyedari keadaannya semakin teruk.

“Saya ada beli sejenis ubat di farmasi seperti yang disuruh doktor. Alhamdulillah sekarang semakin baik,” katanya.

Sementara itu, dalam video singkat berdurasi 19 saat yang dikongsi oleh @munieycheq di aplikasi TikTok telah membuka ruang kepada warganet untuk berkongsi mengenai kesukaran menghilangkan masalah ketuat yang memakan masa agak lama.

“Itu abang aku punya 4 tahun baru hilang kat kaki, menderita dia,” tulis @ki_ik

“Dulu pernah kena kat ibu jari, pastu ambek ketip kuku buang sampai darah weh. Then dia tumbuh lagi tapi sekarang takde dah. Buat je sampai hilang,” tambah @daisy

Video tersebut turut mendapat sebanyak 135,000 tanda suka dan lebih 15,000 komen daripada warganet.

“Saya pernah kena banyak kat kaki dan jari tangan, letak ubat ketuat ada jual kat farmasi botol kecil.. inshaAllah 3 hari dia tanggal sendiri dengan akar-akarnya,” ujar @sitimunirahmohdyusop

“Saya pernah kena mcm ni..beli belerang ubat sapu ada jual kat perak bende tu susah sangat pergi farmasi beli econazim x silap..,” komen @apiskuda

“Ketuat ini viral infections. Ada sejenis asid kat klinik kulit boleh bunuh sampai akar,” kata @norlizahauyob

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram