Biasanya kalau nak menikmati udang goreng mentega ni perlu ke restoran. Apa kata kali ini anda cuba sendiri buat dirumah. Tak menggunakan banyak bahan dan cara penyediaan pun mudah. Jom cuba resipi udang goreng mentega yang sedap ini.

BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang – dicuci dan dibelah tengah
3 biji kuning telur
5 gm mentega
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
Daun kari secukupnya

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Panaskan minyak. Setelah minyak benar-benar panas, masukkan udang dan terus angkat.
  2. Pukul kuning telur sehingga kembang.
  3. Panaskan mentega dan tuangkan telur sedikit demi sedikit sehingga habis sambil mengacaunya.
  4. Setelah naik buih, angkat dan masukkan daun kari. Tuang atas udang

Resipi: Restoran Haslinda Sim Abdullah

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram