AHLI Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli dilaporkan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dipercayai bagi menghadapi tuduhan rasuah.

Memetik laporan portal Malaysiakini, perkara itu telah disahkan oleh peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Menurut Muhammad Rafique, pertuduhan melibatkan Rozman adalah berkaitan Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan belum lagi mengetahui pertuduhan yang akan dihadapkan kepada anak guamnya, setakat ini.

“Rozman diminta (oleh SPRM) untuk hadir (ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur) esok,” katanya.

Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 adalah berkaitan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan sama ada ‘bagi dirinya sendiri, saudara atau sekutunya’.

Jika sabit kesalahan, individu tersebut boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum RM10,000.

SPRM dalam kenyataan sebelum itu memaklumkan seorang ahli Parlimen akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Baca artikel berkaitan: Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming sah positif COVID-19

Menurut SPRM, individu berkenaan akan didakwa pada pukul 9 pagi.

Namun begitu, SPRM tidak mendedahkan identiti Ahli Parlimen berkenaan.

Rozman merupakan Ahli Parlimen Labuan sejak tahun 2013 dan menang dua Pilihan Raya Umum (PRU) menggunakan tiket Barisan Nasional (BN).

Beliau kemudiannya meninggalkan UMNO pada Oktober 2018 dan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram