burung terkukur RM11000
Tangkap layar seorang lelaki membeli seekor burung terkukur bernilai RM11,000

PERNAH melihat orang membela burung terkukur di kampung?

Siapa sangka, hanya kerana cinta yang mendalam terhadap burung terkukur, mereka sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan spesies yang bermutu tinggi dan berkualiti.

Burung terkukur tergolong dalam kelas Columbidae dan merupakan sejenis burung merpati yang menjadi tarikan utama bagi penternak burung tersebut.

Bukan sekadar faktor fizikal yang menarik, seni suara burung terkukur juga merupakan ukuran untuk menentukan kualitinya sehingga mendorong kepada harga mencecah ribuan ringgit.

Disebabkan itu, seorang lelaki sanggup “akad” jual beli seekor burung terkukur bernilai RM11,000 selepas video penjualan haiwan itu yang dimuat naik pengguna bernama @dayakpt88 awal hari ini tular.

Dalam video itu kelihatan seorang lelaki memegang sejumlah wang yang dipercayai RM11,000 sebelum bertindak menyerahkan kepada peniaga yang menjual burung tersebut.

“Okla 11,000 awak angkat ini burung, lain kali apa-apa masalah boleh cakap balik, wang sudah ambik, burung sudah ambil,” kata peniaga kepada lelaki itu dalam video tersebut.

Video itu berjaya meraih 1.1 juta tontonan selepas tujuh jam ia berlegar-legar di alam TikTok dengan tanda pagar #hobikamimahal #11k #terkukur.

Ia juga telah mendapat lebih 59,000 tanda suka dengan rata-rata warganet mempersoalkan kewajaran membeli seekor burung pada harga tidak masuk akal.

“Simpan pi umrah ka haji lagi bagus pada hobi yang macam tu,” tulis @ejad6433

“Harga seekor burung sama macam lembu sado… mahalnya,” komen @joefizyjoe

“Buang duit ja,” tambah @mamajie20 sinis.

Baca artikel berkaitan: Pertama kali jumpa bakal suami di atas pelamin, 4.9 juta tonton debaran gadis ini bertunang dengan pilihan keluarga

@dayakpt88

#hobikamimahal #11k harga pikat burung#terkukur

♬ bunyi asal – D

Namun, terdapat juga komen yang memberi sokongan dan galakan akan hobi pemuda ini kerana memahami cita rasa individu yang berbeza.

“Kalau bunyi sedap, dapat masuk pertandingan. Menang. Untung banyak dapat daripada RM11 ribu tu boleh dapat,”sokong @emy9156

“Memang lah banyak burung ini. Tapi dari segi bunyi suara, gaya, lantang suara ada kelebihannya yang tersendiri membuatkan burung seperti ini jadi sambutan luar biasa,” tambah @pelurulaju7

“Siapa yang faham dan tahu tentang terkukur ni baru lah tahu kenapa harga RM11 ribu,” komen @areefrazak

Cubaan UtusanTV untuk mendapatkan reaksi pemilik video masih belum berbalas.

Difahamkan, kebiasaannya di dalam pertandingan seni suara burung, haiwan ini diadili mengikut suara dasar, suara tengah, suara halus dan anak burung.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram