tadah air
Tangkap layar perkongsian Nur Salleha, cara tadah air.

MASALAH bekalan air di Lembah Klang bukanlah sesuatu yang aneh, malah ia sering menjadi perbualan panas setiap kali kawasan ini mengalami gangguan.

Bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan tangki air simpanan sudah pasti terpaksa mencari alternatif lain atau terpaksa mengharapkan tangki-tangki air yang dibekalkan syarikat bekalan air ataupun lori-lori yang disediakan di kawasan masing-masing.

Terlanjur masalah bekalan air yang kini di alami di sekitar Lembah Klang, seorang wanita bertindak berkongsi cara mudah untuk menyimpan air hanya dengan kos 80 sen menggunakan plastik sampah lutsinar.

Idea yang dikongsi Nur Salleha Roslan, 38,  di platform TikTok @Salleharoslan tular selepas berjaya menarik hampir 900,000 tontonan dengan lebih 48,000 tanda suka.

Video pendek “Cara Tadah Air Bersih” itu dengan #selangortakadaair telah dikongsi di pelbagai platform media sosial.

Kata Nur Salleha, ia cara termudah untuk menyimpan air dalam kuantiti yang banyak dengan menggunakan bahan sedia ada di rumah.

“Bagi saya, cara ini agak mudah. Sebab hanya guna bahan yang sedia ada di rumah je. Lepas habis isu air, plastik dan bakul boleh digunakan untuk keperluan lain pula,” katanya kepada UtusanTV

Menerusi video tersebut, Nur Salleha menunjukkan cara tadah air bersih kepada yang tidak mempunyai tong air menggunakan tiga langkah mudah.

“Guna plastik sampah, isi penuh, lepas tu ikat kemas,” katanya yang merupakan seorang peniaga dalam talian.

Baca artikel berkaitan: Lelaki beli burung terkukur RM11,000 seekor bikin netizen ‘kehilangan akal’

@salleharoslan

#Fyp #selangortakadaair

♬ Soap – Melanie_Martinez

Jelas wanita berusia 38 tahun berasal dari Kuala Lumpur dan kini menetap di Puncak Alam, dia menggunakan kaedah ini sejak tahun 2019 dan idea tersebut diperoleh adalah daripada kenalan di Facebook.

Tambahnya lagi, dia hanya menggunakan air tadahan plastik apabila air tangki di rumahnya telah habis digunakan.

“Saya standby empat bakul besar sebab selain ada empat orang lagi akan gunakan air, saya juga ada tanaman bunga ros yang perlu siram banyak air pada waktu pagi dan petang,” katanya.

Sementara itu, tinjauan UtusanTV ke ruangan komen mendapati ada juga warganet menggunakan kaedah tersebut apabila tiba “acara tahunan” ini di Selangor.

“Ye saya pun guna cara camni, tapi bawah plastik tu saya lapik kain pelikat supaya dia xbocor kena celah lubang tu,” kata @idontwannaknow.

“Saya pernah buat. Nak pulak bakul tu dah uzur. Bocor plastikku tebuk dek bakul hahaha,” luah @missbearpolar.

“Buat jugak macam ni..tapi guna besen dan timba sebagai pengalas.. saje tadah lebih-lebih..ada anak ni faham-faham jela,” kongsi @norazimahimah88.

Menurut ibu kepada tiga orang cahaya mata itu, plastik tadahan air yang digunakan adalah plastik tahan lasak yang dibeli dari kedai Mr DIY dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM 8 untuk 10 keping plastik.

Warga Lembah Klang akan gangguan bekalan selama empat hari bermula 13 hingga 16 Oktober disebabkan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram