PELAKON Yatt Hamzah berdepan detik cemas apabila anaknya, Suci Hayfaa Medina mengalami pendarahan di bahagian dahi akibat terjatuh.

Menurut Yatt atau Haryati Hamzah,41, insiden itu hanya disedari anak keduanya, Suci Humaira Iqlima sebelum memaklumkan kepadanya.

“Baru nak makan malam, terus tebantut bila Iqlima menjerit kuat menangis-nangis beritahu adiknya, Medina jatuh dan berdarah banyak dekat dahi.

“Macam inilah gelagat anak-anak bonda terutama Medina. Memang sedang buas, ada saja aktivitinya…benda dah nak jadi,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Dalam entri yang sama, Yatt turut memuat naik beberapa foto kecederaan yang dialami anak perempuannya itu.

“Mohon semua doakan Medina lekas sembuh. Insya-Allah, dia kuat. Sekejap lagi dia gelak baliklah,” tulisnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram