rasuah untuk urusan mahkamah

DAKWAAN pembolotan projek ekonomi dan menipu Kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir di Melaka kini memasuki perkembangan terbaru.

Bermula dengan dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, terbaru Presiden Laskar Siber Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam pula tampil membuat laporan.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), aduan rasuah oleh Lokman berhubung projek penambakan laut di Melaka dibuat hari ini.

“Satu kertas siasatan berhubung isu berkenaan telah pun dibuka oleh SPRM sebelum ini dan aduan yang dibuat di Ibu Pejabat SPRM hari ini akan dikepilkan dalam kertas siasatan tersebut.

“SPRM akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes ini meliputi semua aspek yang dibangkitkan dalam aduan tersebut,” kata SPRM.

Baca artikel berkaitan: Dakwa rasuah di Melaka, SPRM mahu Idris Haron beri maklumat

Tiga pegawai SPRM jumpa Idris, tiada dokumen diambil tapi dapat maklumat awal

SPRM sebelum ini telah menghantar tiga pegawai bertemu Idris dan mendapat awal berkaian dakwaannya itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram