Hidangan berasaskan ayam antara menu yang sangat digemari. Apa kata cuba resipi ayam kerisik nanas ni. Resipi yang sangat sedap, mudah dan membuka selera.

BAHAN-BAHAN:
500 gm ayam
250 ml santan
1 biji nanas
4 sudu besar kerisik
Garam
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm kunyit
5 cm halia
4 cm lengkuas
2 batang serai
10 tangkai cili kering

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Ayam dipotong ikut suka, cuci dan bersihkan.Tuskan airnya.
  2. Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
  3. Tuangkan santan dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan ayam dan nanas. Masak sehingga hampir kering.
  5. Kemudian masukkan kerisik dan tambahkangaram. Gaulkan sebati masak lagi sehingga kering.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram