Kelaparan

Tanggapan pertama terlintas apabila bayi menangis ialah bayi lapar. Oleh itu, belajar mengenal pasti tanda-tanda sebelum bayi kelaparan dan mula memberi bayi makan sebelum mereka menangis kelaparan.

Lampin kotor

Bayi menangis apabila tiba masa lampin mereka perlu ditukar.

Mahu dibelai

Bayi suka dipeluk dan dibelai. Bayi menangis untuk memberitahu ibu bapa bahawa mereka ingin berada di dalam akapan dan dibelai-belai. Melihat wajah ibu bapa ,mendengar suara ibu bapa dan mendengar degupan jantung ibu dan bapa sebenarnya menenangkan bayi.

Mengantuk

Bayi akan merengek apabila letih dan hendak tidur. Bayi menangis dan serba tidak kena apabila mereka terlalu letih dan akhirnya selepas menangis mereka akan tertidur keletihan.

Masalah perut

Bayi menangis kerana mengalami masalah perut seperti perut kembung dan membuat bayi merasa tidak selesa. Jika bayi masih menangis walaupun sudah minum susu, sila periksa bayi anda, mungkin ada yang tidak kena pada keadaan perutnya.

Sendawa

Walaupun sendawa tidak diwajibkan, tetapi selepas menyusu bayi digalakkan sendawa. Ini kerana, bayi menyedut udara ketika menghisap susu. Jika udara tadi tidak dikeluarkan, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan pada bayi.

Terlalu sejuk atau terlalu panas

Bayi menangis sewaktu anda mahu memandikannya atau menukar lampin dan membersihkan badan mereka dengan air yang terlalu sejuk atau terlalu panas untuknya.

Menangis tanpa sebab yang pasti

Kadangkala bayi menangis tanpa kita tahu apa sebab sebenar. Ada bayi yang lebih sensitif apabila tidak selesa dengan sesuatu keadaan dan membuatkan mereka menangis. Sebagai contoh, mungkin tidak selesa dengan baju (jenis fabrik) yang disarungkan ke badan mereka.

Tumbuh gigi

Umumnya, gigi pertama bayi keluar ketika usia enam bulan. Ada juga gigi yang tumbuh seawal empat bulan dan selewat 14 bulan. Mereka mula meragam disebabkan rasa tidak selesa ketika gigi mula keluar. Gusi bayi akan berasa radang dan sakit. Proses pertumbuhan gigi adalah merupakan masa yang paling tidak selesa untuk si kecil.

Ingin kurang/lebih rangsangan

Ada bayi yang pasif dan kurang gemar memberi tindak balas. Sebagai contoh, bayi akan menangis jika terkena cahaya, mendengar bunyi bising atau tidak selesa apabila di pegang orang lain selain ibu bapanya. Manakala ada pula bayi yang tidak sabar- sabar mahu ‘menakluki’ dunia. Mereka menangis jika berkehendakkan sesuatu.

Tidak sihat

Jika selepas menyusukan atau menidurkan bayi tetapi mereka masih tidak berhenti menangis, cuba periksa suhu badan bayi. Mungkin bayi menunjukkan tanda-tanda tidak sihat seperti demam. Bawalah bayi anda berjumpa doktor.