KUMPULAN K-Pop terkenal, Blackpink tidak akan menerima hadiah daripada peminat melainkan hanya kiriman surat!

Keputusan itu disampaikan oleh agensi pengurusan YG Entertainment selepas mereka menerima banyak ucapan tahniah sempena sambutan ulang tahun kelima.

“Kami ingin membuat pengumuman mengenai peminat yang sentiasa memberi sokongan kepada Blackpink. Tahun ini kami menerima banyak ucapan tahniah yang terlalu banyak untuk ulang tahun kelima.

“Selepas berbincang dengan ahli kumpulan Blackpink, kami dengan rasa hormat, tidak akan menerima lagi hadiah yang dihantar oleh peminat.

“Kami akan rasa bersyukur dan menghargai sekiranya anda menghantar hadiah tersebut kepada orang lain yang memerlukan.

“Kami juga mahu peminat terus memberi sokongan kepada Blackpink walaupun bukan dengan pemberian hadiah,” tulisnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram