Dr Noor Hisham Abdullah. Gambar FB UKM.

HARI Isnin 11 Oktober 2021, 6,709 kes harian COVID-19 dilaporkan yang merupakan penularan terendah dalam tempoh lebih 90 hari.

Namun awas, sejak tarikh tersebut, kes baharu COVID-19 kembali meningkat hari ke hari.

Dan hari ini menyaksikan jangkitan baharu COVID-19 meningkat melebihi 8,000 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 8,084 kes baharu dilaporkan hari ini.

Katanya, ini menjadikan kumulatif jangkitan COVID-19 di Malaysia kini berjumlah 2.36 juta.

“Sehingga 14 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 8,084 kes (2,369,613 kes).

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemas kini sekaligus selepas tengah malam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, makluman di Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menunjukkan negeri itu merekodkan 1,630 kes.

Jumlah itu merangkumi 1,595 kes dalam komuniti, 7 luar negara dan 28 kes dalam penjara / lokap.

Baca artikel berkaitan: Jangan lupa SOP, kes baharu naik kepada 7,950 hari ini

Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 90.9 peratus populasi dewasa atau 21.29 juta individu dewasa lengkap menerima dos vaksinasi COVID-19 setakat 11.59 malam tadi. 

Berdasarkan data makluman di portal COVIDNOW, sebanyak 94.9 peratus populasi dewasa atau 22.23 juta individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. 

Statistik vaksinasi setakat malam tadi.

Selain itu, sejumlah 207,520 dos vaksin diberikan semalam melibatkan golongan dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lepas meningkat kepada 46.25 juta dos bagi golongan dewasa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram