MALAYSIA sekali lagi bertemu Indonesia selepas menewaskan pasukan itu di Piala Sudirman, baru-baru ini.

MALAYSIA akan bertemu musuh tradisinya, Indonesia dalam pertandingan suku akhir Piala Thomas di Arena Ceres di Asrhus, Denmark, esok, selepas undian dijalankan hari ini.

Malaysia mengesahkan tempat ke saingan lapan terbaik selepas muncul naib juara Kumpulan D, manakala Indonesia menjuarai Kumpulan A.

Skuad negara akan turun beraksi pada jam 7.30 malam waktu Malaysia, manakala satu lagi pertemuan suku akhir membabitkan Denmark menentang India.

Pada saingan sesi pagi Korea diundi menentang Jepun ,manakala juara bertahan China akan turun bertemu Thailand.

Sementara itu, skuad Piala Thomas negara tewas 1-4 kepada Jepun dalam aksi kedua peringkat kumpulan hari ini.

Keputusan itu menyaksikan Jepun layak ke suku akhir selaku juara Kumpulan D, manakala skuad negara sekadar berpuas hati apabila muncul selaku naib juara pada edisi kali ini.

Aksi perseorangan pertama menyaksikan saingan sengit antara juara All England 2021, Lee Zii Jia dan pemain nombor satu dunia, Kento Momota.

Selepas empat perlawanan ditewaskan, aksi perseorangan ketiga menyaksikan pemain muda Leong Jun Hao yang juga pemain ranking 135 dunia berdepan pemain ranking kesembilan, Kenta Nishimoto.

Jun Hao dilihat mempamerkan aksi cemerlang pada pertemuan berkenaan bagi mencatatkan kemenangan 21-19, 21-18 dalam masa 51 minit.

Berikut keputusan perlawanan Kumpulan D antara Malaysia dan Jepun sebentar tadi:

  • Kento Momota mn Lee Zii Jia 15-21, 21-12, 23-21
  • Takuro Hoki-Yugo Kobayashi mn Aaron Chia-Soh Wooi Yik 21-13, 21-13
  • Kanta Tsuneyama mn Cheam June Wei 22-20, 21-13
  • Akira Koga-Yuta Watanabe mn Goh Sze Fei- Nur Izzuddin Mohd Rumsani 21-10, 21-16
  • Kenta Nishimoto kk Leong Jun Hao 19-21, 18-21 – Bernama

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram