Sedapnya talam labu berlauk ni. Tidak menggunakan banyak bahan, ia amat mudah dan ringkas untuk disediakan. Jom ikuti langkah demi langkah menyediakan kuih yang sedap dan lazat ini.

BAHAN-BAHAN:
220 gm tepung gandum
2 sudu kecil tepung kacang hijau
130 gm tepung beras
100 gm gula pasir
3 sudu kecil garam
3 biji telur
500 ml santan pekat
1 liter air
250 gm labu ( buang kulit dan diparut halus)

BAHAN HIASAN:
150gm udang kering
1 biji cili merah
Daun sup
100gm kacang tanah
20gm bawang goreng

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali labu melalui proses kisar.
  2. Masak atas api sederhana hingga naik wap.
  3. Masukkan labu, kacau sebati dan angkat.
  4. Tuang ke dalam loyang 10” x 10” x2” yang telah dialas plastik 12” x12”.
  5. Kukus selama 30 minit, angkat dan taburkan bahan-bahan hiasan.

Pesan Saji: Talam di lapik dengan plastik tahan panas supaya senang dikeluarkan apabila talam dipotong kecuali talam yang
dibakar. Sapu minyak dahulu sebelum di lapik plastik tahan panas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram