KEKANGAN akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak bermulanya pandemik COVID-19 tahun lepas menyebabkan semangat Noraniza Idris untuk meneruskan perjalanan seni hampir menuju ke jalan buntu dan putus asa.

Sinar baru 2022 adalah pencetus semangat bagi Noraniza untuk membangkitkan semula lagu-lagu irama Malaysia dengan lebih bersungguh sungguh melalui pelbagai usaha yang telah digerakkan.

“Bagi memulakan langkah pertama, kini saya sedang memfokuskan sebuah penerbitan single terbaharu bersama Luncai Emas (M) Sdn Bhd.

“Proses perbincangan awal dengan Luca Sickta telah diadakan,” ujarnya yang bakal bergandingan dengan seorang artis lelaki baharu yang masih dalam proses pemilihan.

Tambahnya lagi, beliau juga berhasrat untuk menggabungkan artis-artis Malaysia dibawah satu bumbung pertubuhan yang kini dalam proses pendaftaran dan masih menunggu kelulusan Jabatan Pertubuhan Pendaftaran.

“Hasrat saya untuk menjadikan pertubuhan ini sebagai pengorak langkah kepada pembangunan hak cipta penerbitan lagu-lagu Irama Malaysia dan dapat di selaraskan di samping membantu artis-artis baharu dan lama yang pernah aktif dalam penerbitan kembali bangkit semula menerbitkan lebih banyak lagu-lagu irama ini sebagai produk khazanah yang boleh dijadikan rujukan generasi pelapis pada masa akan datang,” jelasnya kepada media.

Baru-baru ini, NIPVSB menandatangani MOU dengan C2Joy(M) Sdn Bhd untuk 12 bulan yang bermula 11 Oktober sehingga 10 Oktober 2022 secara rasmi.

Jelasnya, perjanjian persefahaman bersama C2Joy (M) Sdn Bhd adalah sebagai rakan strategik yang akan bersama Noraniza untuk menganjurkan acara-acara tanggungjawab sosial korporat dan kemasyarakatan demi membangunkan generasi pelapis seawal lima tahun tanpa mengira had usia.

Selain itu, beliau juga berharap penubuhan akademi pusat pentauliahan bersijil yang telah lama diusahakan dapat diteruskan kembali yang mensasarkan peserta yang ingin belajar asas kesenian tanpa mempunyai pengalaman sehingga mahir.

Antara single yang telah diterbitkan di bawah Noraniza Idris Production Ventures Sdn. Bhd., adalah Intan Payung, Cinta Lebaran, Permata Saadah, Februari dan Aku Mencari.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram