Bibir Harris Annuar dah macam Fungus Monsters Inc. Gambar: Disney/Pixar

BEKAS peserta Hero Remaja, Harris Annuar telah memeranjatkan peminat dan rakan selebriti melalui perkongsian di media sosial apabila memuat naik sebuah video pendek bibirnya yang membengkak angkara di sengat tebuan tanah.

Bibir beliau membengkak kelihatan seolah-olah sama dengan karakter Fungus dalam filem Monsters Inc.

Menerusi video pendek yang dikongsi di laman TikTok @harrisannuar ia telah berjaya menarik lebih 2.5 juta tontonan dalam masa tiga jam, bagi menjelaskan kisah sebenar bagaimana bibirnya tiba-tiba membengkak seperti dicucuk “botok”.

“Pagi tadi aku tengah mandi untuk solat subuh. Aku pun cuci muka. And then, ada seekor tebuan ni hinggap dekat tuala aku. Aku tak perasan.

“Aku terus amik tuala dan lap muka. Bila aku tutup tuala tu, tebuan tu terperangkap antara tuala dan muka. So,tebuan tu terus ketip di bibir aku,” terangnya sambil menunjukkan bahagian bibir yang disengat.

Baca artikel berkaitan: Lelaki beli burung terkukur RM11,000 seekor bikin netizen ‘kehilangan akal’

Dia juga sempat berseloroh “Guys, ini bukan filter ya”.

Rata-rata warganet turut terhibur akan wajah Harris setelah mendapat suntikan bibir “semula jadi” itu dan meninggalkan komen yang mencuit hati.

“Angelina Jolie is shaking,” usik @syasyarushdina menyamakan bibir Harris dengan pelakon cantik dari Amerika itu.

“Bang tak baik botox bibir tak ajak saya,” tulis @as_kids0 pula

“Takut nak gelak, tapi abang gelak, saya pun gelak sekali,” komen @macam.tiber

Harris turut berterima kasih atas doa peminat di atas kejadian yang menimpa dirinya.

“Tomorrow can discharge already. No worries guys, thanks for the prayer,” tulis Harris di Instagram yang kini sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan Ipoh, Perak.

Menerusi perkongsiannya lagi, Harris dilihat menyertai sebuah majlis keagamaan yang turut dihadiri oleh pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew semalam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram