PELAKON Emma Maembong meluahkan rasa sebak dan gembira saat mendengar anak sulungnya, Shariq Gabriel menyebut perkataan ‘mama’ dengan jelas.

Ujar Emma, hatinya turut tersentuh melihat anaknya yang bakal menginjak usia setahun pada bulan hadapan.

‘Tengah kerja semalam, tiba-tiba pembantu rumah hantar video. Pertama kali Shariq Gabriel sebut mama dengan betul.

“Selama ini ‘mamama’ biasa saja…Allah sampai menangis dengar.

“Baru faham perasaan seorang ibu yang teruja bila anak dia mula bercakap. Anak pertamakan, biasa lah emosi lebih sedikit.

“Dan anak saya dah 11 bulan…cepat saja rasa dia besar,” tulisnya di Instagram miliknya.

Malah, menerusi entri sama, Emma atau nama sebenarya Fatimah Rohani Ismail, 29, turut berkongsi video berdurasi lapan saat yang dirakam oleh pembantu rumahnya.

Sehingga artikel ini ditulis, video terbabit telah ditonton hampir 350,000 orang selain ruangan komen turut dihujani kata-kata pujian buat permata hatinya.

Emma mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Shariq Gabriel yang dilahirkan pada 11 November 2020.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram