PELAKON Rita Rudaini menolak dakwaan dirinya antivaksin seperti yang diperkatakan orang ramai hanya disebabkan dia belum bersedia menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menurut Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, dia menyarankan orang awam untuk mengkaji dahulu maksud disebalik perkataan antivaksin dan prosafe.

“Sebelum nak gunakan sesuatu perkataan, kena kaji dahulu makna antara antivaksin dan prosafe.

“Anda boleh panggil saya prosafe. Kalau saya antivaksin, tidaklah saya pergi cucuk vaksin sebelum ini macam vaksin pergi umrah dan vaksin masa kecil termasuk anak-anak,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story.

Tambah Rita lagi, dia mahu orang luar berfikiran luas dan tidak hanya pandai menghentam seseorang tanpa membuat kajian.

“Nak guna perkataan untuk label kan sesuatu, biar objek dan makna selari.

“Hi, I’m Rita Rudaini and I’m prosafe ( Hai, saya Rita Rudaini dan saya prosafe),” ujarnya.

Untuk info, prosafe bermaksud individu yang menunggu pengesahan vaksin hingga terbukti selamat untuk digunakan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram