AHMAD Iqbal Zulkefli yang mula dikenali menerusi kisah percintaan dengan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida terus menjadi perhatian ramai sehingga ada yang mempertikaikan kenderaan yang dimilikinya.

Menerusi ruangan komen di Instagram miliknya, ada individu mempersoalkan mengenai tahap kekayaan Iqbal selepas melihat gambarnya bersama sebuah kereta berjenama Perodua Axia meskipun memiliki wang berjuta ringgit seperti yang dicanangkan sebelum ini.

“Bukan Myvi, ini Axia. Hina sangatkah Axia? Kalau saya nak beli kereta jutaan ringgit, minggu depan boleh beli,” balas Iqbal.

“Untuk pengetahuan semua, saya bukan peminat kereta. Saya tidak suka kereta ‘sport’ yang berbunyi bising. Memandu pun saya tidak gemar,” katanya .

Iqbal turut berkongsi beberapa jenama kenderaan mewah yang menjadi idamannya namun sehingga kini masih berkira-kira untuk mendapatkannya.

“Kereta yang saya minat adalah daripada jenama Bently, Rolls Royce dan Cadillac yang berharga RM 3 juta ke atas. Jika saya beli kereta ini, saya akan menghabiskan RM6 juta dalam beberapa tahun untuk menjaganya.

“Tetapi untuk kereta nilai RM1 juta, jika saya mahu, minggu depan saya boleh beli terus,” tulisnya lagi.

Terbaru, Iqbal turut membuat perkongsian mencari orang yang boleh mencipta lagu segera dengan menawarkan bajet sebanyak RM500,000 dan tidak mahu disamakan dengan pengasas produk lain oleh kerana dirinya mempunyai pengalaman dalam bidang nyanyian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram