Datuk Seri Ahmad Maslan. GAMBAR: Abd Razak Aid

UMNO sedang mengumpulkan maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk pimpinan dan akar umbi bagi mendapatkan maklumat serta pandangan, sebelum memutuskan kerjasama dengan mana-mana parti atau bertanding bersendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata dalam dua mesyuarat iaitu Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Biro Politik UMNO semalam, perkara itu masih dibincangkan selain maklum balas UMNO Melaka dan pusat dengan kertas kerja dan kajian tepat untuk memastikan kemenangan parti itu dalam PRN nanti.

“Kita tidak tahu bila PRN dan tidak boleh mendahului Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pada pandangan kita belum tahu bila ia (kerjasama) diputuskan, dan apabila SPR umum tarikh pilihan raya tentunya kita buat keputusan penting dengan siapa kita mahu bersama dan apa jua bentuk persefahaman politik.

“Masih tiada kepentingan untuk membuat keputusan segera. Kita mahu menang semua kerusi yang UMNO bertanding, tetapi di mana kita bertanding itu akan diputuskan pucuk pimpinan parti,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Saya tak nampak cahaya terang MN direalisasikan di PRN Melaka – Ahmad Zahid

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) N23 Telok Mas, yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka Datuk Abdul Razak Abdul Rahman di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Melaka penggal ke-14 pada 4 Okt dan berdasarkan Perkara 19 (4) Perlembagaan Negeri Melaka, pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran itu.

SPR akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN Melaka seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya itu Isnin ini. – BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram