UMPAMA irama dan lagu, wanita dan kecantikan sangat sinonim seakan tidak boleh dipisahkan.
Semakin berusia pasti akan kelihatan tanda-tanda kedutan dan kulit menjadi kurang menawan. Mesti ramai yang tertanya-tanya dan ingin tahu apa rahsia bagaimana selebriti wanita Malaysia ini masih kekal cantik dan tampak muda walaupun sudah berusia.
Jom! kami bawakan kepada anda rahsia lima artis Malaysia yang masih meletup meskipun usia sudah menginjak ke umur 40-an
Rozita Che Wan

Walaupun memasuki usia 48 tahun, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini, Rozita Che Wan seakan-akan masih remaja. Wajahnya semakin menawan dan berseri-seri setelah tampil menggenakan imej berhijab.
Mempunyai bentuk badan yang cantik, Che Ta mengakui salah satu perkara yang diamalkannya jika tidak mempunyai masa untuk bersenam adalah dengan mengemas rumah.
Che Ta juga mengamalkan amalan pemakanan yang seimbang dengan mengurangkan pengambilan garam, gula, minyak dan berlemak serta memperbanyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan.
Erra Fazira

Pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira yang terkenal dengan filem Sembilu dan Maria Mariana ini memiliki wajah yang mampu memukau orang ramai dek keayuan dan kejelitaannya.
Meskipun usia bekas ratu cantik Malaysia 1992 telah mencecah 47 tahun, kecantikan wanita ini seolah-olah tidak pernah pudar dimamah usia.
Erra akui dia sangat mengawal corak pemakanannya setiap hari selain membuat senaman dua kali pada setiap minggu. Selain itu juga, suplemen seperti vitamin C turut diamalkan untuk kesihatan badan.
Vanidah Imran

Pengambilan air putih yang mencukupi setiap hari dan melakukan senaman secara berkala merupakan rahsia kecantikan dan kesihatan diri pelakon Vanidah Imran.
Di samping mengamalkan yoga, anak seni kelahiran Pulau Pinang ini gemar bersenam di Pusat gimnasium, berjoging di hujung minggu dan menyertai acara walkathon bersama anak-anak.
Berusia 48 tahun, graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM) ini berkelana sebagai anak seni lebih 20 tahun sebagai pelakon, pengacara dan aktivitis teater.
Rita Rudaini

Menurut ibu kepada dua anak ini, cara untuk menjaga kecantikan kulit dan kesihatan tubuh badan yang berkesan adalah dengan melakukan senaman di Pusat gimnasium dan minum air putih dengan secukupnya.
Kongsi pelakon yang berusia 45 tahun itu, jika kerap melakukan senaman, ia akan membantu perjalanan darah menjadi lebih lancar dan secara tidak langsung kulit menjadi tegang.
Tambahnya juga, dia akan memastikan kulit wajahnya dicuci sebersih-bersihnya sebelum tidur untuk menggelakkan masalah kulit lain.
Maya Karin

Disebalik kecantikan yang dimiliki selama ini, rupa-rupanya ada rahsia yang menjadikan pelakon Maya Karin Roelcke atau lebih dikenali sebagai Maya Karin kekal awet muda walaupun sudah berusia 41 tahun.
Menerusi akaun instagram miliknya, Maya Karin membongkarkan tips mudah untuk kekal sihat dan kelihatan cantik dengan hanya memperbanyakkan minum air putih sahaja.
Jadi, kepada para wanita di luar sana yang ingin kekal cantik dan awet muda…boleh ikuti perkongsian ini!
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram