Resipi peria sumbat isi udang ini cukup tular di laman sosial sehingga mendapat lebih 11,000 perkongsian. Caranya sangat mudah, namun keenakannya sukar untuk digambarkan.

Terima kasih Nursidah Muhd Amin atas perkongsian bersama Wanita.

Ikuti langkah demi langkah cara menyediakannya.

Potong peria dalam dua atau tiga inci, mengikut selera masing-masing. Kemudian basuh dan toskan.
Untuk inti, tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili besar sehingga halus dan lumat. Kemudian masukkan sedikit serbuk kunyit.
Masukkan isi udang dan tumbuk lagi.
Masukkan kelapa parut separa muda. Jangan ambil yang hitam. Ambil yang putih sahaja.
Selepas tumbuk semua bahan dan serasi, campurkan sedikit dengan tepung, perasa, lada sulah, gula dan garam.
Sedia untuk disumbat ke dalam peria.
Sediakan bahan untuk tumis. Panaskan minyak.
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan 1 biji cili besar. Tumis bahan tumbuk tadi bersama sebatang serai.
Selepas naik bau, masukkan sedikit air. Kemudian masukkan sedikit udang.
Apabila sudah mendidih, masukkan peria.
Jika sudah agak masak, masukkan santan. Terpulang nak gunakan santan kotak atau santan asli.
Biarkan masak.
Sementara menunggu peria masak, goreng bawang merah sehingga garing. Ini untuk ditabur dan hiasan.
Selepas siap, campakkan bawang goreng tadi. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber : Nursidah Muhd Amin