Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada sidang media di Hospital Kuala Lumpur, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“KUMPULAN (antivaksin) ini terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan menjengkelkan.”

Demikian kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai membalas ciapan seorang pengguna Twitter yang memuat naik tangkap layar ‘dakyah’ kumpulan antivaksin yang disebarkan dalam aplikasi Telegram.

Sehubungan itu, Khairy berharap pihak berkuasa dapat menyegerakan tindakan susulan termasuk siasatan dan proses pendakwaan terhadap golongan berkenaan.

Menurut Khairy, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan antivaksin tersebut.

“Pihak KKM telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan antivaksin.

“Kami harap tindakan susulan (siasatan, pendakwaan dan lain-lain) dapat disegerakan,” katanya dalam ciapan itu hari ini.

Baca artikel berkaitan: Antivaksin: Ada masa kita perlu guna undang-undang – KJ

Minggu lalu, Khairy dalam ciapan Twitter telah meminta laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibuat terhadap pemilik akaun Twitter @khalids.

Ia ekoran pemilik akaun itu didakwa telah menyebar berita palsu mengenai vaksin COVID-19.

“Ada masa mendidik, namun ada masanya kita perlu gunakan undang-undang. Cukup-cukuplah pembohonan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram