PENYANYI Aiman Sidek kini tampil dengan single baharu berjudul Kekasih yang merupakan hasil ciptaannya bersama Fedtri Yahya.

Lebih menarik, dia tidak keseorangan membawakan lagu berkenaan kerana turut berkolaborasi dengan duo adik-beradik, Aniq Muhai dan Alif Azhari.

Jelas Aiman atau nama sebenarnya Mohamad Aiman Md. Sidek,32 yang merupakan Naib Juara Program Akademi Nasyid di TV9 pada 2008, lirik lagu Kekasih itu disertakan dengan susunan muzik yang segar, menggambarkan tentang manusia yang mendambakan sesuatu dalam setiap arah tujunya.

Single terbaru ini dirakam dan disusun oleh komposer yang tidak asing lagi dalam industri muzik, Bajai dan mixing serta mastering Huzai, alunan gitar oleh Jay Cugat dan pencorakan melodi vokal oleh Afif Tirmizie.

Menurutnya lagi, ini merupakan salah satu projek bersama 4U Entertainment yang ditubuhkan pada 2020, selepas lagu patriotik kolaborasi bersama Namias, Bangkit Malaysia, lagu kolaborasi rap bersama Skyrulez, Manis Dimulut dan pembikinan semula lagu Cinta Terakhir yang pernah mendapat 10 juta tontonan di Youtube secara duet bersama Syazmin.

“Selepas genap setahun saya menghasilkan semula Cinta Terakhir, saya lancarkan single Kekasih pada 14 Oktober yang merupakan hadiah ulang tahun kelahiran saya kepada peminat pada tahun ini,” katanya.

Video muzik Kekasih turut menampilkan personaliti laman sosial Instagram dan TikTok terkenal Pantai Timur, Ervan Rizuan.

Besar harapan Aiman agar lagu ini dapat memberikan nafas baru kepada ciptaan lagunya untuk peminat muzik bukan sahaja dalam Malaysia malah di segenap rantau.

Untuk pengetahuan, 4U Entertainment atau Foryou Entertainment adalah syarikat label muzik bertujuan menghasilkan karya-karya segar dengan menyediakan platform untuk penyanyi serta pemuzik baru dan lama tanah air.

Lagu Kekasih boleh didapati di semua platform digital seperti iTunes, Spotify, Joox, Deezer,Youtube dan lain-lain.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram