BAHARU sehari dilancarkan di saluran Youtube, single baharu Easy On Me nyanyian Adele setakat ini sudah mencapai 44 juta tontonan.

Single itu turut dimuatkan dalam album terbaharu Adele berjudul 30 yang dijangka menemui peminat pada 19 November depan.

Easy On Me merupakan karya penuh emosi yang mengisahkan tentang kehidupan Adele selepas melalui episod perceraian pada 2019.

Bercakap tentang album, pemenang Grammy sebanyak 15 kali itu kali terakhir muncul dengan album 25 pada 2015.

Seperti album sebelum ini, Adele sinonim dengan judul album yang menggunakan simbol angka sperti 19, 21 dan 25.

30 difahamkan adalah usia Adele ketika berkahwin dengan bekas suaminya, Simon Konecki sebelum mereka bercerai.

Album itu dirakamkan bagi memberi penjelasan kepada anak lelakinya, Angelo yang berusia sembilan tahun mengenai perpisahan kedua ibu bapanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram