Ng Tze Yong mendapat pujian peminat badminton apabila memberikan saingan sengit kepada Jonathan Christie./Gambar FB BAM

HASRAT Malaysia untuk melangkah ke separuh akhir Piala Thomas 2020 terkandas di tangan Indonesia pada aksi suku akhir sebentar tadi.

Perseorang utama negara, Lee Zii Jia yang disandarkan harapan untuk meraih mata pertama tewas kepada Anthony Sinisuka Ginting dengan 21-15, 21-17.

Aksi pemain Malaysia berikutnya menerusi pemenang gangsa Olimpik Tokyo juga berakhir dengan kehampaan.

Lawan mereka, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo berjaya menundukkan Aaron Chia-Soh Wooi Yik 21-17, 16-21, 21-15.

Memasuki perlawanan ketiga, perseorang negara, Ng Tze Yong berdepan dengan lawan yang mempunyai ranking dunia yang jauh lebih baik daripadanya.

Pada aksi sengit itu, Tze Yong seolah-olah mampu menghadirkan harapan buat pasukan Malaysia untuk meraih mata pertama.

Namun, lawannya Jonatan Christie berjaya bangkit dan seterusnya menang dengan 14-21, 21-19, 21-16.

Meski pun tewas, Tze Yong, 21, mendapat perhatian ramai peminat di media sosial susulan aksi bertenaganya di sebalik hanya berada di ranking 82 dunia.

Indonesia bakal bertemu tuan rumah, Denmark pada saingan separuh akhir.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare