BERCUTI secara outdoor sama ada berkhemah atau menyewa rumah bot memang menjadi trend kerana berasa lebih dekat dengan alam semula jadi.

Namun dalam apa pun situasi, keselamatan perlu diutamakan kerana keseronokan percutian boleh bertukar tragedi.

Ini seperti yang berlaku malam tadi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan lemas dipercayai selepas terjatuh dari rumah bot dekat Air Terjun Lasir, di Tasik Kenyir.

Dalam kejadian 8.20 malam tadi itu, mangsa tenggelam kira-kira 10 minit sebelum berjaya dibawa naik oleh seorang petugas rumah bot dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, Muhammad Al Fateh Muhammad Khairul Aiman dari Kampung Telaga Daing, Kuala Nerus dikatakan datang bercuti bersama keluarga dan tiba di rumah bot tersebut pada 3 petang semalam.

Ketika kejadian, bapa mangsa, Muhammad Khairul Aiman Mohd Ariffin, 30, sedang mengambil wuduk untuk solat Isyak dan hanya menyedari insiden itu selepas dimaklumkan oleh rakannya yang datang bercuti bersama.

“Mangsa yang terjatuh tenggelam kira-kira 10 minit sebelum berjaya dibawa naik oleh seorang petugas rumah bot dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Beliau (petugas bot) berusaha menyelamatkan mangsa dengan memberi bantuan pernafasan tetapi tiada tindak balas,” katanya seperti dilapor Bernama.

Rohaimi berkata demikian dalam sidang media selepas menjalankan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) pelancongan di Tasik Kenyir hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram