Tangkap layar Muhammad Daiyan yang pura-pura pengsan selepas dimarahi rakan ibunya.

ALAM kanak-kanak sememangnya penuh dengan kejutan, dan ada ketikanya ia berlaku tanpa disangka-sangka sehingga mampu mencuit hati kita.

Begitu juga dengan Muhammad Daiyan Rizqi, berusia setahun sembilan bulan yang bertindak berpura-pura pengsan selepas “dimarahi” rakan ibunya ketika bermain batu di halaman depan rumahnya.

Reaksi spontan Daiyan itu ternyata mengejutkan ibunya sendiri yang dikenali sebagai Nurfatinadila, 25.

Kata Nurfatinadila, gelagat anak keduanya itu pertama kali berlaku dan dia sendiri ketawa berdekah-dekah melihat kepada reaksi anaknya itu.

“Kalau saya tak tahan dia, mahu menyembah bumi dah rasanya hahaha,” ujar Nurfatinadila kepada UtusanTV.

Video dengan kapsyen: “Budak lain kena marah nangis, anak aku kena marah buat-buat pengsan HAHAHAHA,” ditonton hampir 300,000 kali di akaun TikTok milik @Dila.

Baca artikel berkaitan: Hanya bermodal 80 sen, wanita ini kongsi cara mudah simpan air

@adilaariffin

Budak lain kena marah nangis , anak aku kena marah buat buat pengsan HAHAHAHA 😂 . #fyp #foryoupage

♬ bunyi asal – ❤️ ᴅ ɪ ʟ ᴀ ❤️

Mengimbau kembali aksi lucu itu, Nurfatinadila sedang melepak bersama rakannya di luar halaman rumah sambil melihat anaknya itu yang sedang bermain berhampiran dengannya.

Apabila melihat si kecil bermain batu dan tidak mengendahkan larangannya, dia meminta tolong rakannya untuk menegur kelakuan anaknya.

“Masa hari itu dia tengah main-main batu… bila ibu dia cakap, dia buat taktau ja. suruh kawan marahkan, lepas itu dia berdiri, tu yang jadi pengsan macam itu,” ujar nurfatinadila yang merupakan suri rumah sepenuh masa.

Katanya, anaknya takut dengan suara rakannya itu kerana agak kasar.

“Kebiasaan dia akan diam sahaja. Lama juga dia pura-pura pengsan lebih dari seminit”.

Sementara itu, tinjauan UtusanTV di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur akan kelakuan dan memuji lakonan penuh “drama” oleh si cilik itu.

“Wooooo…hahaha hebat lakonan dik,” ujar @akaksyantikmaisyarah

“Hahaha pandainya berlakon. Ok la camni senang xyah pujuk,” seloroh @Zunairahhh

“Hahahaha pandai drama cheq oii haha,” ujar mamaziekerlazz

Selepas sahaja lakonannya selesai, anak lelakinya itu menjamah sebiji burger dan sambung bermain.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram