Sedapnya siakap bercili ni. Bagi yang tercari-cari resipi ikan siakap yang lazat, apa kata cuba resipi yang mudah ini. Pasti puas hati.

BAHAN-BAHAN:
1 kg ikan siakap
5 biji limau nipis
2 batang serai – tumbuk
Minyak untuk menggoreng
50 gm kerisik
50 ml santan

BAHAN KISAR:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering
7 tangkai cili padi

BAHAN B:
Sehelai daun kunyit
2 sudu kecil serbuk kunyit

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Perapkan ikan siakap de ngan jus limau nipis dan serai selama setengah jam.
  2. Kemudian goreng ikan sehingga garing. Ketepikan.
  3. Tumiskan pula bahan kisar dan bahan B sehingga naik bau. Masukkan santan dan kerisik. Masak sebati.
  4. Tuangkan sambal tumisan ini, di atas ikan siakap yang telah siap digoreng.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram