ADA seorang tukang gunting rambut. Suatu hari, dia sedang menggunting rambut seorang pelanggannya. Ketika itu, seorang kanak-kanak bernama Abu sedang leka bermain di luar kedainya.

“Kau tahu, budak yang sedang bermain itu adalah budak paling bodoh pernah aku jumpa,” beritahu si tukang gunting.

“Mengapa begitu? Kanak-kanak itu tampak cerdik,” jawab pelanggannya pula.

“Tak percaya? Mari aku buktikan!” tukang gunting segera memanggil Abu.

Setelah anak itu tiba di hadapannya, tukang gunting mengeluarkan dua helai wang. Sekeping not RM1 di tangan kiri dan sekeping not RM10 di tangan kanan.

“Pilih yang mana kamu suka,” arahnya kepada Abu.

Anak itu segera mencapai not RM1 dari tangan kiri tukang gunting dan berlalu pergi setelah mengucapkan terima kasih.

“Kau nampak, bukan? Betul tak apa yang aku cakap tadi. Dah banyak kali aku uji budak tu. Pernah aku bagi pilihan antara duit RM1 dengan RM50. Tapi dia tetap pilih yang RM1. Memang bodoh betul budak tu,” kata si tukang gunting sambil menggeleng-geleng kepala.

Selesai memotong rambut, pelanggan itu pun berlalu pulang. Tidak jauh dari kedai si tukang gunting, dia bertembung dengan Abu yang leka bermain. Dia mendekati anak itu yang pada perkiraannya mungkin berusia sekitar lapan tahun. Lelaki itu bertanya…

“Sewaktu tukang gunting tu tawarkan duit, kenapa kamu tidak pilih duit yang banyak. Kenapa pilih RM1?”

Abu ketawa mendengar soalan itu. Lalu budak itu menjawab…

“Setiap hari tukang gunting itu akan panggil saya untuk pilih duit. Kalau saya pilih duit yang banyak, mesti dia akan berhenti dan tak akan panggil saya lagi. Sebab itu saya pilih duit RM1. Jadi setiap hari dia akan panggil saya ke kedainya. Biar sikit tapi setiap hari saya boleh dapat duit,” jawab Abu tersenyum sebelum berlalu pergi.

Mendengar penjelasan Abu, pelanggan itu tersenyum. Lalu dalam hati dia bertanya sendiri, siapa yang bodoh sebenarnya?

_____________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislamFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare