Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah. GAMBAR: Facebook MKN

SEJAK 6 Julai lalu, kes harian COVID-19 menunjukkan peningkatan ketara melepasi angka 7,000.

Jumlah jangkitan itu terus melonjak sehingga mencatatkan kadar lima angka melebihi 20,000 kes sehari.

Hari ini, penularan COVID-19 sekali lagi menunjukkan penurunan ketara apabila buat pertama kali mencatatkan angka terendah sejak tempoh 105 hari lalu.

Sebanyak 6,145 kes baharu telah dilaporkan di seluruh negara setakat tengah hari tadi.

Kali terakhir negara merekodkan kes harian lebih rendah daripada hari ini pula adalah pada 4 Julai lalu iaitu sebanyak 6,045 kes.

Trend penurunan mula kelihatan awal bulan ini sejajar dengan peningkatan kadar vaksinasi di seluruh negara.

Walaupun masih berlegar pada paras antara 7,000 hingga 8,000 sehari, ia masih berada dalam keadaan terkawal hasil usaha memvaksinasi seramai mungkin penduduk negara.

Baca artikel berkaitan: 7,509 kes baharu, 1,721 di Selangor

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 di Malaysia kini berjumlah 2.39 juta.

“Sehingga 17 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,145 kes (2,390,687 kes).

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam media sosial hari ini.

Semalam, sebanyak 7,509 kes baharu COVID-19 dilaporkan, peningkatan 89 kes berbanding hari sebelumnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram