syafaat manusia di hari kiamat
  • Para Malaikat

Surah an-Najm ayat 26 yang bermaksud, “Dan berapa banyak malaikat di langit yang syafaat mereka pun tidak berguna, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi orang yang dikehendaki dan diredai-Nya.”

  • Syafaat al-Quran dan Amal Soleh

“Bacalah al-Quran, sesungguhnya al-Quran akan datang pada hari kiamat sambil memberi syafaat terhadap pembacanya.”HR Imam Muslim)

  • Para Ulama dan Syuhada (mati syahid)

“Tiga kelompok manusia yang akan memberikan syafaat pada hari kiamat iaitu para nabi, kemudian ulama, kemudian syuhada.” HR Ibnu Majah.

  • Sesama Muslim

“Setelah kaum Mukminin selamat dari neraka, maka demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, setiap orang daripada mereka meminta kepada Allah dengan memaksa agar dikeluarkan rakan-rakan mereka dari Neraka. Mereka berkata: ‘Ya Allah, mereka dahulu pernah berpuasa, solat dan menunaikan haji bersama kami.’ Lalu dikatakan kepada mereka: ‘Keluarkanlah orang yang kamu kenal dari neraka itu.'” HR Muslim

  • Amalan kebaikan

Imam Abu Abdillah al-Qurtubi berkata, “Demikianlah, Allah menciptakan dua malaikat sebagai balasan atas amalan membaca al-Quran dan berpuasa, lalu kedua-duanya memberi syafaat kepada orang yang melakukan ibadah ini. Begitu juga seluruh amal soleh yang lain.”

  • Surah al-Mulk

Dari Abu Hurairah r.a. “Sesungguhnya di dalam al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia  memberi syafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah al-Mulk.” HR Abu Daud, at-Tirmizi dan Imam Ahmad

  • Nabi Muhammad s.a.w.

Dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Syafaatku untuk orang yang melakukan dosa besar dalam kalangan umatku” HR Ahmad

_______________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislamFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare