PENYANYI Indah Ruhaila tampil dengan karya baharu berjudul Demi Kamu yang merupakan hasil ciptaan Johan John dan lirik ditulis oleh Khaleel.

Single tersebut mengisahkan tentang perasaan kecewa seorang wanita yang ditipu dan dipermainkan sehingga menghantui kekasih lamanya.

Istimewanya lagi, Demi Kamu turut dijadikan lagu runut bunyi (OST) untuk drama bersiri seram, Tahyul yang menampilkan pelakon-pelakon muda sedang meningkat naik.

Drama Tahyul kini sedang rancak disiarkan menerusi slot Samarinda, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3.

Lagu Demi Kamu ini juga sudah boleh didengari di semua digital platform bermula 12 Oktober.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram