Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi ayam rampai masam manis yang menyelerakan ini. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN A:
1 ekor ayam
Garam
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada sulah

BAHAN B:
1/2 cawan cili kering kisar
3 sudu besar rempah beriani

BAHAN C:
10 biji cendawan butang
10 biji tomato
1/2 biji nanas – potong kiub
5 tangkai daun kari

BAHAN D:
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 ketul kiub ayam
1 cawan air
2 sudu besar madu
Garam
2 labu bawang besar – potong bulat

BAHAN E:
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan bawang goreng
2 helai daun limau purut – potong rampai
1 helai daun kunyit – potong rampai

BAHAN F:
1/2 cawan minyak masak
Kulit kayu manis
2 batang serai – titik

BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
5 tangkai cili merah

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Bahan A digaul sebati dan rata.
  2. Kemudian goreng garing dan ke tepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali untuk menumis. Tumis bahan F dan bahan kisar hingga garing.
  4. Masukkan bahan B. Tumis hingga naik minyak.
  5. Masukkan pula bahan D dan biarkan ia mendidih.
  6. Masukkan bahan C dan ayam goreng dan gaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan bahan E.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram