Puding sagu pisang ini nampak sedap dan menyelerakan. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Tidak mengguna banyak bahan pun. Jom cuba.

BAHAN A
150 gm sagu kecil- rendam 2 minit

BAHAN B
400 ml air
1 helai daun pandan
Secubit garam

BAHAN C
1 biji pisang masak hijau – potong dadu

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Satukan bahan A dan gaul sebati.
  2. Didihkan bahan B terlebih dahulu dan satukan dengan bahan A. Kacau sebati.
  3. Masukkan air kapur makan dan gaul rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam acuan mangkuk kecil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah masak, sejukkan dan hias dengan kelapa parut putih yang telah digaul dengan sedikit garam.

KUAH GULA

BAHAN-BAHAN:
150 gm gula merah
50 gm gula kastor
1 helai daun pandan
300 ml air
Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Satukan ke semua bahan dan masak sehingga air gula hampir pekat.
  2. Hidangkan bersama puding sagu pisang tadi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram