PASANGAN selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha semakin menjadi tumpuan ramai setelah berkongsi perjalanan percutian mereka ke Pulau Redang, Terengganu dengan menaiki helikopter.

Terbaru, percutian mewah Hairul sekeluarga umpama ‘tuah’ apabila mereka menerima pelawaan untuk menaiki kapal layar mewah (superyacht) yang dinamakan Asean Lady milik ahli perniagaan terkenal di Malaysia, Tan Sri Vincent Tan.

Menurut Hairul, sepatutnya percutian mereka sudah berakhir, tetapi peluang bersama dengan individu terkaya di negara ini tidak mungkin ditolak.

“Sepatutnya saya balik awal, tapi kami langkah kanan ke Pulau Redang ini sebab terjumpa salah seorang yang terkaya di Malaysia, Tan Sri Vincent Tan.

“Lepastu dia ajak naik Superyacht Asean Lady. Rezeki anak-anak,” tulis Hairul di kapsyen Instagram miliknya.

Hairul turut memuat naik beberapa keping gambar serta video bersama Vincent Tan sepanjang berada di atas kapal layar berkenaan.

Malah, Hairul dan Hanis turut berkongsi keletah anak-anak mereka, Yusuf Iskandar,5, dan Alisa Aisyah,2, yang gembira bercuti di pulau peranginan setelah sekian lama terkurung akibat pandemik Covid-19.

Di ruangan komen, peminat dan rakan-rakan artis turut meluahkan rasa keterujaan dan gembira melihat pasangan ini diberikan rezeki untuk bertemu dengan ahli perniagaan hebat seperti Vincent Tan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram