Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar, hari ini. GAMBAR: Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mahukan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya merangka satu pelan pembangunan pelancongan negeri itu yang sistematik bagi tempoh jangka masa panjang.

Dalam kenyataan di Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim bertitah , ia kerana Johor merupakan destinasi pelancongan popular dan terkenal dalam kalangan pelancong dari dalam serta luar negara.

Titah Sultan Ibrahim, setiap daerah di Johor mempunyai tarikan pelancongan tersendiri termasuk keindahan pulau-pulau di Mersing.

“Saya menyentuh dan membincangkan pelbagai perkara bersama Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan budaya, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar berkaitan sektor pelancongan negara dan Johor bagi menarik kedatangan lebih banyak pelancong ke negara ini.

“Terdapat banyak lokasi-lokasi menarik di Johor yang boleh dikunjungi pelancong dan pada masa sama, kementerian perlu memastikan setiap polisi dan insentif yang ditetapkan adalah konsisten bagi menarik lebih ramai pelabur serta pelancong,” titah Sultan Ibrahim.

Baca artikel berkaitan: Semak semula syarat ketat program MM2H – Sultan Johor

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Santhara Kumar yang juga Ahli Parlimen Segamat.

Pertemuan bersama Sultan Johor itu berlangsung di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru, hari ini.

Selain membincangkan mengenai pelancongan, Sultan Ibrahim bertitah turut membincangkan Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dalam pertemuan tersebut.

Titah Sultan Johor, pelan pembangunan itu juga penting bagi merancakkan semula sektor pelancongan di setiap daerah serta produk-produk keluaran tempatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare