Tidak semua kita lahir dalam keadaan sempurna. Ada juga yang lahir dalam keadaan tidak dapat mendengar (cacat pendengaran). Ada juga yag lahir dalam keadaan sempurna, namun disebabkan kehilangan deria itu akibat ditimpa penyakit atau kemalangan. Mereka melalui kesukaran dalam meneruskan kehidupan.

Tapi, jangan mengalah kerana kekurangan itu juga adalah anugerah dan takdir dari Tuhan. Malah, jangan terkejut, ada tokoh-tokoh terkenal yang mencipta kejayaan dalam keadaan tersebut. Sejarah hidup mereka kemudian dicatat dan diingat sehingga kini. Misalnya…

Ahli fizik Perancis, Gullaume Amontons (1663-1705) : Apabila mengalami masalah pendengaran ketika usianya masih muda, Amontons menganggap ‘kecacatan’ itu sebagai satu rahmat. Kepada orang lain, pekak menyebabkan mereka malu dan tertekan, tapi tidak Amontons.

Gulaaume Amontons.

Masalah pendengaran itu sebaliknya telah membolehkan Amontons memberikan tumpuan kepada kerja-kerja sainsnya. Semasa pekak dan hidup dalam kesunyian itulah dia mencipta jangka suhu yang lebih tepat berbanding ciptaan Galileo, barometer yang boleh digunakan di dalam laut dan bentuk-bentuk awal tanda isyarat.

Ludwig Van Beethoven (1770-1827) : Perlu diingat, pemuzik terkenal Jerman ini juga pekak. Komposer ini mula menghadapi masalah pendengaran pada 1801 tapi tetap mencipta lagu-lagu yang merdu dalam keadaan tersebut.

Pada 1817, Beethoven terus tidak boleh mendengar.

Ludwig Van Beethovens.

Adakah dia mengalah? Tidak. Beethovens terus bermain piano dan menggubah lagu walaupun dia tidak mampu lagi menikmati keindahan muzik yang dihasilkannya itu.

Jangan lupa juga kepada Mohd. Supyan Abd. Rahman, atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib. Beliau adalah penyair hebat walaupun menghadapi masalah pendengaran. Malah `kekurangan’ itu sebenarnya adalah aset serta kelebihan Pyanhabib, menjadikannya seorang seniman unik dan istimewa.

Dengan kehebatan puisi yang dihasilkannya, identiti yang dibina, Pyanhabib sering menjadi pilihan produser-produser filem serta penganjur aktiviti-aktiviti seni dan kemasyarakatan.

Siapa kata kecacatan dan kekurangan itu adalah pengakhiran hidup? Anda silap!

Kehebatan dan keunikan puisi serta bakat seni Pyanhabib (tengah) terhasil dalam keadaan dirinya menghadapi masalah pendengaran. Tapi di situlah letaknya keistimewaan beliau.

—————————————–


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!

Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislam