Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi lodeh kicap yang menyelerakan ini. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Tidak mengguna banyak bahan pun. Berbaloi cuba.

BAHAN-BAHAN:
1/2 kg pedal ayam – rebus
3 bungkus suhun – rendam
3 keping tempe – goreng
3 sudu besar kicap manis
1 1/2 cawan air
Garam
Minyak untuk menumis

BAHAN HIRIS:
15 tangkai cili padi
2 labu bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit belacan

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Pijarkan minyak dan tumiskan bahan hiris dan belacan hingga garing.
  2. Kemudian masukkan pedal rebus yang telah dihiris. Tumis lagi.
  3. Kemudian masukkan kicap, tempe dan air. Kacau rata.
  4. Selepas itu, masukkan pula suhun. Jika perlu tambahkan garam secukup rasa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram