PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak rakyat Malaysia menyuburkan penyatuan sebagaimana dilakukan Rasulullah SAW ketika berhijrah ke Madinah.

“Meneladani Sunnah Rasulullah SAW adalah salah satu cara kita membuktikan cinta kita kepada Baginda. Sewaktu berhijrah ke Madinah, Rasulullah bukan sahaja berjaya menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar melalui Piagam Madinah, malah bersama kaum Yahudi.

“Penyatuan yang diasaskan Baginda merentasi kabilah, agama serta fahaman.

“Konsep penyatuan yang dibawa Rasulullah mengajar kita untuk bermuafakat tanpa mengira latar belakang demi mewujudkan satu Keluarga Malaysia yang harmoni,” katanya dalam kenyataan malam ini sempena Hari Maulidur Rasul tahun ini.

“Salam Maulidur Rasul 1443H/2021M kepada semua umat Islam dan semoga kita sentiasa beramal mengikut Sunnah Baginda,” katanya. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/